TENTANG DIRI..

Lorem ipsum dolor sit amet, nisl elit viverra sollicitudin phasellus eros, vitae a mollis. Congue sociis amet, fermentum lacinia sed, orci auctor in vitae amet enim. Ridiculus nullam proin vehicula nulla euismod id. Ac est facilisis eget, ligula lacinia, vitae sed lorem nunc. Orci at nulla risus ullamcorper arcu. Nunc integer ornare massa diam sollicitudin.

LAGI TENTANG DIRI...

Lorem ipsum dolor sit amet, nisl elit viverra sollicitudin phasellus eros, vitae a mollis. Congue sociis amet, fermentum lacinia sed, orci auctor in vitae amet enim. Ridiculus nullam proin vehicula nulla euismod id. Ac est facilisis eget, ligula lacinia, vitae sed lorem nunc. Orci at nulla risus ullamcorper arcu. Nunc integer ornare massa diam sollicitudin.

6 Tip Pilih Kemeja

Kemeja bukan hanya sehelai pakaian. Ia mampu memberi impak terhadap penampilan. Ke pejabat, menghadiri mesyuarat penting mahupun majlis formal.Namun berapa ramai di antara kita tahu memilih kemeja sesuai untuk aktiviti harian di pejabat? Perlu diingat, setiap orang mempunyai bentuk tubuh dan personaliti berbeza, dan ini membuatkan seseorang itu kelihatan berbeza. Jadi, jangan tahu pakai sahaja. Banyak perkara yang perlu anda tahu tentang sehelai kemeja. Ini termasuklah kualiti, stail dan perinciannya. Tip berikut membantu anda memilih sehelai kemeja yang tepat.

1. Kolar
Kolar merupakan bahagian perincian kemeja yang sangat penting kerana ia menentukan keserlahan wajah ketika memakainya. Sebagai contoh, lelaki berwajah kecil perlu mengelak memakai kolar lebar kerana kolar saiz tersebut akan menenggelamkan wajah. Lelaki bermuka besar pula perlu mengelak memakai kolar narrow yang boleh menampakkan wajah menjadi lebih besar.Biasanya saiz kolar kemeja antara 14,14 ½, 15 dan 16 inci. Saiz kolar yang sesuai bergantung pada dimensi di bawah halkum.

2. Manset (cuff)
Penting untuk anda tahu manset atau cuff pada sehelai kemeja.Terdapat dua jenis cuff yang biasa dipakai iaitu French cuff dan Barrel cuff. Bagi kemeja French cuff, memerlukan pemakai menggunakan kafling pelbagai bentuk yang dimasukkan ke dalam lubang butang pada pergelangan lengan kemeja. Manakala Barrel cuff telah diletakkan butang pada pergelangan lengan kemeja. Kemeja jenis ini yang paling biasa di pakai untuk ke pejabat.

3. Fabrik
Setiap fabrik yang digunakan untuk kemeja menentukan kualitinya dan dapat mencipta tekstur. Anda perlu tahu memilih fabrik kemeja yang bersesuaian dengan keadaan cuaca setempat. Fabrik kapas adalah paling sesuai untuk cuaca panas. Kini fabrik campuran kapas dan fiber sintetik (polister, rayon dan nilon) semakin popular. Anda juga perlu tahu, setiap fabrik yang digunakan untuk kemeja menentukan sama ada ia sesuai untuk pemakaian formal atau tidak. Kapas antara fabrik paling sesuai untuk kemeja formal. Mengetahui jenis-jenis fabrik ini membolehkan kamu membuat pilihan yang betul sesuai dengan gaya hidup.

4. Corak
Ramai lelaki tidak berani bermain dengan kemeja yang mempunyai corak. Kemeja bercorak membenarkan kita mencipta stail tersendiri dan disuaipadankan dengan aksesori tertentu. Kemeja bercorak dengan latar belakang putih biasanya lebih formal berbanding yang berwarna. Kemeja dengan corak garisan juga lebih sesuai untuk sesuatu upacara. Manakala corak kekotak kecil dan renggang akan memberikan kesan lebih bergaya berbanding dengan corak kekotak yang lain seperti Windowpane dan Pastel.

5. Warna
Pilihan kemeja warna biasa seperti biru dan putih nampak membosankan. Anda boleh memilih untuk memakai kemeja berwarna seperti kuning, jingga, merah atau sebagainya. Namun perlu diingat, pilihan warna lembut atau pastel adalah yang terbaik. Warna sebegini lebih formal berbanding warna terang yang lebih sesuai untuk pemakaian kasual. Satu perkara penting juga yang mesti anda tahu adalah pemilihan warna harus bersesuaian dengan warna kulit dan rambut anda.

6. Saiz
Perkara penting yang mesti anda tahu dan pastikan sebelum membeli sehelai kemeja adalah saiznya. Adakah saiz yang anda pilih sepadan dengan saiz tubuh anda? Adakah ia terlalu kecil atau terlalu besar? Kini terdapat pelbagai jenis potongan kemeja. Slim fit antara yang semakin popular berbanding potongan klasik. Untuk anda berbadan besar, pilihlah saiz yang sepadan. Saiz terlalu besar membuatkan anda kelihatan lebih besar. Mereka yang agak berotot, slim fit membuatkan anda tampil segak bergaya

0 comments:

Post a Comment



 

ZUELIJA MUZRI TYRAWAWA MIMIE KYLA AWEK CUTE ANIM FARINA BIELA SLUMBERYIE SHAHRIL SHAHRIL HANZ SHAH YAZID AFIQ BI RAIN MAK CU MUZRI MAMA ROZI KYO
Template Modified and Brought to you by : Arrisa blogger templates. Edited design by MzRisa