Festival busana muslimat
Cakap saja pasal busana Muslim, imej yang terlintas dalam fikiran, pakaian yang kurang menarik yang menutup aurat, dari kepala sampai ke kaki.
Tetapi untuk menukar persepsi orang ramai, terutama yang bukan Islam, bahawa busana Muslim sememangnya cukup menarik dan bergaya, Dato’ Raja Rezza Shah telah mengadakan Festival Busana Muslim yang bermula tahun lepas di Malaysia-International Fashion Week.
Ramai yang pada mulanya tidak yakin dengan ide Dato’ Raja Rezza terkejut bila reaksi terhadap Festival Busana Muslim sungguh memberangsangkan. Tidak hairan dalam edisi M-IFW tahun ini, Festival Busana Muslim kembali beraksi.
Jika pada tahun lepas, seramai 18 orang pereka fesyen telah mengambil bahagian, tahun ini jumlahnya meningkat kepada 50! Mereka datang bukan sahaja dari Malaysia tetapi Singapura, Dubai, Iran, Pakistan, Indonesia dan Bangladesh.
Antara busana Muslim yang diperagakan tahun ini termasuk pakaian kanak-kanak, swimwear, telekong dan abaya. Dan festival tahun ini juga menyaksikan ramai designer menggunakan textil Malaysia dan Indonesia seperti songket, batik dan tenun
0 comments:
Post a Comment