TENTANG DIRI..

Lorem ipsum dolor sit amet, nisl elit viverra sollicitudin phasellus eros, vitae a mollis. Congue sociis amet, fermentum lacinia sed, orci auctor in vitae amet enim. Ridiculus nullam proin vehicula nulla euismod id. Ac est facilisis eget, ligula lacinia, vitae sed lorem nunc. Orci at nulla risus ullamcorper arcu. Nunc integer ornare massa diam sollicitudin.

LAGI TENTANG DIRI...

Lorem ipsum dolor sit amet, nisl elit viverra sollicitudin phasellus eros, vitae a mollis. Congue sociis amet, fermentum lacinia sed, orci auctor in vitae amet enim. Ridiculus nullam proin vehicula nulla euismod id. Ac est facilisis eget, ligula lacinia, vitae sed lorem nunc. Orci at nulla risus ullamcorper arcu. Nunc integer ornare massa diam sollicitudin.

Hebat dengan jeans

Jeans memang popular di kalangan muda-mudi masa kini. Cuba anda perhatikan di sekeliling, pasti ramai yang sedang menggayakan jeans. Pemakaian jeans bukan hanya terhad untuk acara santai, tetapi ia juga sesuai dipakai pada bila-bila masa. Asalkan anda tahu cara menggayakannya agar penampilan nampak berbeza untuk setiap acara. Tip berikut boleh membantu anda memadankan jeans dengan ‘top’ yang sesuai:

Tunik
Bagi mereka yang bertubuh gempal atau berisi, tunik merupakan salah satu alternatif padanan jeans yang sangat baik. Pilih jeans yang berpotongan lurus dan kenakan kasut yang bertumit tinggi. Cara ini akan membuat anda kelihatan lebih ramping. Untuk mereka yang memang bertubuh langsing, cubalah memilih ‘top’ yang boleh menonjolkan bentuk badan. Berikut beberapa tip untuk memakai tunik:

1. Labuh tunik sebaiknya jatuh di atas pertengahan paha. Tunik yang lebih labuh hanya akan nampak cantik jika dikenakan oleh mereka yang tinggi lampai.
2. Untuk anda yang bertubuh gempal hindari tunik yang bermodel ‘empire’ (garis pinggang di bawah dada)
3. Pastikan anda memakai jeans berpotongan lurus untuk menimbulkan kesan ramping.

Kamisol & Off Shoulder
Jika anda ingin tampil sedikit seksi, ‘top’yang chic seperti kamisol daripada fabric sifon atau satin adalah padanan jeans yang ideal. Jangan lupa kenakan aksesori tambahan untuk memberi kesan yang lebih glamor pada penampilan. Selain itu, anda juga boleh memilih ‘top’ bermotif floral untuk dipadankan dengan jeans kegemaran. Sekiranya anda tidak menggemari kamisol, cuba ganti dengan off-shoulder. Lengkapkan penampilan dengan kalung ringkas jika anda ingin menghadiri acara di malam hari. Ikuti tip berikut agar pemakaian kamisol nampak kemas dan menarik:-

1. Pakai coli tanpa tali agar tali kamisol nampak ‘terletak’.
2. Sebaiknya, pilihlah kamisol yang memiliki coli siap pasang.
3. Jangan sesekali memilih kamisol pendek jika ingin dipadankan dengan jeans, kenakan kamisol yang menutupi bahagian pinggang anda.

Sebagai Pelengkap Gaya
Agar pemakaian jeans anda kelihatan hebat, pastikan anda mengenakan padanan yang sesuai untuk digayakan bersama-sama. Beri perhatian kepada tiga padanan berikut:-

Kasut bertumit tinggi. Bukan sahaja boleh membuatkan kaki anda kelihatan lebih panjang, namun ia juga memberi kesan penampilan glamor pada jeans anda.
‘Clutch bag’. Clutch bag dengan manik-manik atau kristal akan membuatkan penampilan menjadi lebih glamor.
Barangan kemas. Jangan sesekali takut mengenakan barangan kemas seperti gelang, rantai atau cincin emas. Dengan jeans, anda masih boleh mengenakan barangan kemas asalkan tidak berlebihan.
Agar penampilan dengan jeans semakin cantik dan anggun, ikuti tips berikut:-

1. Pastikan jeans anda cukup labuh untuk menutupi buku lali ketika mengenakan kasut yang bertumit tinggi.
2. Gunakan skarf sebagai pengganti tali pinggang atau ikatkan skarf tersebut di leher secara longgar.
3. Tambahkan sentuhan aksesori metalik pada jeans agar penampilan anda lebih menyerlah.

0 comments:

Post a Comment



 

ZUELIJA MUZRI TYRAWAWA MIMIE KYLA AWEK CUTE ANIM FARINA BIELA SLUMBERYIE SHAHRIL SHAHRIL HANZ SHAH YAZID AFIQ BI RAIN MAK CU MUZRI MAMA ROZI KYO
Template Modified and Brought to you by : Arrisa blogger templates. Edited design by MzRisa