TENTANG DIRI..

Lorem ipsum dolor sit amet, nisl elit viverra sollicitudin phasellus eros, vitae a mollis. Congue sociis amet, fermentum lacinia sed, orci auctor in vitae amet enim. Ridiculus nullam proin vehicula nulla euismod id. Ac est facilisis eget, ligula lacinia, vitae sed lorem nunc. Orci at nulla risus ullamcorper arcu. Nunc integer ornare massa diam sollicitudin.

LAGI TENTANG DIRI...

Lorem ipsum dolor sit amet, nisl elit viverra sollicitudin phasellus eros, vitae a mollis. Congue sociis amet, fermentum lacinia sed, orci auctor in vitae amet enim. Ridiculus nullam proin vehicula nulla euismod id. Ac est facilisis eget, ligula lacinia, vitae sed lorem nunc. Orci at nulla risus ullamcorper arcu. Nunc integer ornare massa diam sollicitudin.

Ubah gaya rambutmu

Wanita memang sanggup melakukan apa sahaja untuk tampil menawan. Kalau boleh mesti sentiasa mengikuti trend terkini. Bukan setakat fesyen pakaian atau alat solek, tetapi gaya rambut juga harus sentiasa ‘up to date’. Sebab itulah, salun-salun dandanan rambut mendapat pulangan yang lumayan kerana sering dikunjungi oleh mereka yang gemar menyuntik ‘mood’ baru kepada penampilan.


Secara logiknya, jika anda sendiri sudah bosan melihat penampilan diri di hadapan cermin, mungkin individu lain juga berpendapat sedemikian. Dalam mengubah penampilan, biasanya rambutlah yang menjadi sasaran pertama. Tiada salahnya berbelanja lebih untuk mendapatkan gaya rambut yang baru. Asalkan ia berbaloi. Penampilan yang baru secara tidak langsung boleh meningkatkan tahap keyakinan diri. Terdapat pelbagai cara yang boleh dipraktikkan untuk mendapatkan gaya rambut yang baru dan menawan. Semuanya bergantung kepada perubahan yang ingin dilakukan. Tip berikut boleh membantu.

1) Dapatkan nasihat professional
Jika anda bercadang melakukan perubahan drastik ke atas rambut, pilihan terbaik ialah mendapatkan khidmat professional. Sebaik-baiknya mintalah pendandan rambut yang paling senior di salun yang anda kunjungi. Ciri-ciri pendandan rambut yang baik ialah dia mahu menjawab serta menerangkan segala pertanyaan yang anda ajukan. Malah, dia dengan hati terbuka mahu memberi pendapat tentang kesesuaian gaya rambut mengikut personaliti dan bentuk wajah anda.

Jika tidak tahu menerangkan gaya rambut yang diingini, anda boleh bawa foto ataupun contoh gaya rambut ke salun yang dikunjungi bagi memudahkan pendandan rambut mendapat gambaran gaya rambut yang anda idamkan. Sekiranya, pendandan rambut berkenaan merasakan gaya tersebut tidak sesuai dengan anda, sebaiknya beri kepercayaan kepadanya untuk cadangkan gaya rambut yang sesuai. Semasa rambut anda dipotong, diwarnakan, diluruskan atau dikerintingkan, ambil kesempatan dengan bertanyakan langkah penjagaan yang perlu dilakukan untuk mengekalkan gaya rambut tersebut. Jangan sesekali malu bertanya.

2) Tidak perlu memotong rambut
Selalunya, apabila ingin mengubah gaya rambut, ramai yang mengambil keputusan untuk menggunting rambut. Sebenarnya dengan sedikit perubahan kecil, anda masih mampu menonjolkan gaya rambut terbaru. Cara paling mudah ialah dengan mengubah belahan rambut anda. Cuba anda lihat cara Gwynneth Paltrow mengubah belahan rambutnya. Dengan belahan di tepi, dia kelihatan klasik dan anggun.

Mengubah tekstur rambut juga boleh memberikan kesan penampilan yang cukup berbeza. Rambut ikal melembutkan riak wajah, sekaligus membuat anda terlihat lebih feminin. Tip sebelum mengubah tekstur rambut menjadi kekal adalah mencuba terlebih dahulu dandanan rambut bersifat sementara, misalnya dengan ‘blow dry’ untuk luruskan rambut dan gunakan rol untuk membuatkan rambut ikal (kerinting).

Selain daripada dua cara di atas, anda juga boleh mewarnakan rambut bagi menyuntik penampilan yang cukup berbeza. Selain berpengaruh kepada rambut, perubahan warna rambut juga mempengaruhi warna kulit. Jika anda berkulit gelap, elakkan mewarna rambut dengan warna yang terlalu terang seperti ‘Copper Red’, ‘Mahogany’ dan ‘Blonde’. Ini kerana warna-warna ini boleh membuatkan kulit anda kelihatan lebih gelap. Cubalah warna yang lebih natural seperti ‘Chesnut’ dan ‘Dark Mahogany’.

3) Rambut lebih ber‘volume’Untuk mendapatkan rambut yang ber‘volume; ia bergantung kepada tiga perkara, iaitu cara potongan rambut, produk perawatan dan kosmetik rambut yang digunakan. Untuk mendapatkan rambut yang lebih ber‘volume’ cubalah beberapa teknik berikut:-

1. Potong rambut secara berlapis-lapis. Semakin banyak lapisan rambut, semakin rambut nampak mengembang. Ini disebabkan faktor berat rambut akan lebih tertumpu di bahagian atas berbanding di bahagian bawah rambut. Teknik potongan rambut secara berlapis ini boleh digunakan pada semua jenis rambut.

2. Gunakan produk kosmetik rambut seminimum mungkin. ‘Styling cream’ dan losyen rambut mengandungi pelembab yang cukup memberatkan rambut. Hasilnya, rambut kelihatan melepek. Sebagai ganti, gunakan gel atau semburan yang diformulasikan khusus untuk menambah ‘volume’ rambut. Selalunya produk-produk tersebut dilabelkan dengan perkataan ‘volumizing’. Ataupun, anda boleh memakai gel ketika rambut masih lembap. Sapukan gel pada akar rambut terlebih dahulu.

3. Keringkan rambut dengan menggunakan pengering rambut. Caranya, angkat kepala sedikit kepala ke belakang dan arahkan pengering rambut ke akar rambut. Panasnya akan mengaktifkan produk pengembang rambut di bahagian kepala yang tepat. Setelah seluruh pangkal rambut kering, keringkan bahagian rambut yang lain dengan kepala tegak seperti biasa. Boleh juga aplikasikan teknik kusut dan sasak, tetapi pastikan ia tidak keterlaluan. Setelah selesai mengeringkan rambut, kemaskan dandanan dengan menggunakan penyembur rambut agar gayanya tahan lebih lama.

0 comments:

Post a Comment



 

ZUELIJA MUZRI TYRAWAWA MIMIE KYLA AWEK CUTE ANIM FARINA BIELA SLUMBERYIE SHAHRIL SHAHRIL HANZ SHAH YAZID AFIQ BI RAIN MAK CU MUZRI MAMA ROZI KYO
Template Modified and Brought to you by : Arrisa blogger templates. Edited design by MzRisa