TENTANG DIRI..

Lorem ipsum dolor sit amet, nisl elit viverra sollicitudin phasellus eros, vitae a mollis. Congue sociis amet, fermentum lacinia sed, orci auctor in vitae amet enim. Ridiculus nullam proin vehicula nulla euismod id. Ac est facilisis eget, ligula lacinia, vitae sed lorem nunc. Orci at nulla risus ullamcorper arcu. Nunc integer ornare massa diam sollicitudin.

LAGI TENTANG DIRI...

Lorem ipsum dolor sit amet, nisl elit viverra sollicitudin phasellus eros, vitae a mollis. Congue sociis amet, fermentum lacinia sed, orci auctor in vitae amet enim. Ridiculus nullam proin vehicula nulla euismod id. Ac est facilisis eget, ligula lacinia, vitae sed lorem nunc. Orci at nulla risus ullamcorper arcu. Nunc integer ornare massa diam sollicitudin.

Tampil bergaya dengan pelbagai gaun

Untuk tampil cantik dan ‘stylish’, ramai wanita yang sanggup mengeluarkan perbelanjaan besar untuk tujuan ini. Sebenarnya, untuk mendapatkan penampilan yang penuh gaya, anda hanya perlu memilih pakaian yang tepat! Selain itu, anda juga perlu bijak memilih padanan atau aksesori yang sesuai untuk digayakan bersama. Apabila anda sudah menguasai kebolehan ini, barulah penampilan anda akan sentiasa menjadi perhatian ramai. Silap-silap ada di kalangan rakan yang cuba meniru gaya anda.


Salah satu pakaian yang boleh digayakan dengan pelbagai cara ialah gaun. Hendak tahu tip dan trik untuk menggayakan pakaian ini? Semak maklumat berikut dan cuba pratikkan sebaik mungkin.

* Shirtdress

Gaun jenis ini sangat kasual dan selesa apabila dikenakan. Anda boleh memakainya untuk ke pejabat ataupun bersiar-siar di hujung minggu. Kenakan tali pinggang untuk menimbulkan ilusi bentuk pinggang yang lebih kecil. Jika inginkan penampilan yang lebih sempurna, padankan gaun ini dengan kasut tanpa tumit seperti ‘balet shoes’. Ingin memakai gaun ini ke pantai? Boleh, apa salahnya, padankan ‘shirtdress’ ini dengan sandal yang lebih ringkas.

* Little White Dress

Mungkin tidak ramai yang mengemari gaun yang satu ini. Maklumlah, warna putih mudah terkena kotoran dan boleh membuatkan bentuk badan seseorang kelihatan lebih berisi daripada biasa. Bagi yang ingin mengenakan gaun ini, anda boleh memadankannya dengan sandal ringkas atau yang kasut bertumit tinggi. Pilih kasut yang warnanya agak ‘glitters’ agar penampilan nampak glamor.

* Shift Dress

Gaun jenis ini bersifat ‘tidak di makan usia’. Oleh itu anda tidak perlu takut dikatakan ketinggalan zaman. Gaun ini sangat sederhana sehingga anda tidak perlu mengenakan aksesori yang banyak. Cukup sekadar memakai tali pinggang lebar dengan warna yang senada. Untuk menciptakan kesan yang lebih glamor, kenakan rantai leher atau gelang tangan yang nampak mewah atau ‘glitters’.
www.net-a-porter.com

* Strapless Dress

Gaun ‘strappless’ atau berkemban ini sesuai untuk anda yang ingin tampil seksi tetapi tidak terlalu ‘over’. Kenakan gaun ini ketika anda diundang untuk majlis makan malam atau ketika ‘girls night out’. Anting-anting berjurai dan coker sangat sesuai dipadankan dengan gaun ini.
www.amazon.com

* Tube Dress

‘Tube dress’ sedikit mirip strapless, bezanya ia nampak lebih kasual serta memiliki potongan A-line dan sangat sesuai untuk mereka yang memiliki bentuk badan seperti buah pir atau jam pasir. Biasanya gaun ini dibuat daripada fabrik yang ringkas dan selesa. Sesuai digayakan ketika bercuti, ‘window shopping’ dan lepak-lepak bersama teman-teman. Padankan gaun ini dengan sandal atau kasut ‘platform’ diperbuat daripada kayu.
www.macys.com

* Tank dress

Tank dress bole dikenakan ‘day to night’. Anda boleh memakainya untuk acara kasual mahupun rasmi. Untuk tujuan rasmi dan nampak professional, anda boleh padankan gaun ini dengan blazer atau jaket denim. Manakala untuk acara malam, kenakan ia bersama sepasang kasut ‘stiletto’ untuk penampilan seksi dan menggoda.

0 comments:

Post a Comment



 
Template Modified and Brought to you by : Arrisa blogger templates. Edited design by MzRisa